Laman Padi
Laman Utama » Tarikan » Laman Padi
Laman Padi
Laman Padi Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) merupakan salah satu tarikan pertama yang dibangunkan semasa penubuhan Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah pada tahun 1986 yang kini dikenali sebagai TBNSA. Laman Padi merangkumi enam (6) petak sawah yang berkeluasan 2.1 hektar. Satu (1) daripada enam (6) petak tersebut berkeluasan 0.355 hektar digunakan bagi tujuan sewaan tapak aktiviti pengunjung manakala lima (5) petak yang berkeluasan 1.745 hektar digunakan bagi tujuan penanaman padi hybrid. Penanaman padi dilaksanakan sebanyak dua (2) kali setahun semasa musim pertama dan kedua melalui kaedah tabur terus anak benih (serak basah) dan kaedah transplanting anak pokok berusia 2 minggu menggunakan transplanter. Laman Padi diwujudkan bertujuan untuk menerapkan elemen pendidikan kepada pengunjung. Pengunjung dapat mempelajari tentang kaedah penyediaan penanaman pada peringkat awal penanaman, penyelenggaraan tanaman sehingga ke peringkat tuaian. Selain itu, Laman padi juga berperanan sebagai landskap taman.
- Nama Biasa (Common Name): Padi
- Nama Saintifik (Scientific Name): Oryza sativa L.
- Jenis Varieti (Variety): SIRAJ
- Keluarga (Family): Oxalidaceae
- Tempoh Matang: 110 hari
Mutakhir ini, industri penanaman padi di Malaysia adalah dari jenis Padi Sawah (Wet paddy). Padi merupakan salah satu tanaman utama di Malaysia yang terbahagi kepada dua jenis iaitu Padi Sawah yang juga dikenali sebagai Padi Bendang dan Padi Huma atau Padi Bukit (Hill paddy). Padi bukit atau padi huma merupakan sejenis padi yang ditanam di kawasan tanah mineral atau tanah tanpa genangan air di kawasan lereng bukit. Amalan agronomi padi bukit tidak sama dengan apa yang dilakukan terhadap tanaman Padi Sawah. Padi bukit kebanyakannya hanya ditanam di kawasan pendalaman oleh masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan juga penduduk peribumi di pendalaman Sarawak serta Sabah.
Padi Sawah atau Padi Bendang ialah jenis padi yang paling banyak ditanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi Sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur. Padi yang ditanam di Laman Padi TBNSA ini merupakan padi sawah.
Jadual Penanaman Padi Musim Pertama
Februari / Mac
0 – 21 Hari
17 Febuari – 9 Mac
Mac / April
22 – 45 Hari
10 Mac – 2 April
April / Mei
46 – 85 Hari
3 April – 13 Mei
Mei/Jun
86 – 110 Hari
14 Mei – 21 Jun
Jadual Penanaman Padi Musim Kedua
Ogos / September
0 – 21 Hari
17 Ogos – 9 September
September / Oktober
22 – 45 Hari
10 September – 2 Oktober
Oktober / November
46 – 85 Hari
3 Oktober – 13 November
November / Disember
86 – 110 Hari
14 November – 21 Disember