Penyelidikan dan Penerbitan
Laman Utama » Penyelidikan dan Penerbitan
Penyelidikan Dan Penerbitan
TBNSA merupakan sebuah taman botani yang menjalankan pelbagai aktiviti selari dengan objektif penubuhan TBNSA yang menjurus kepada tema ACREE iaitu Agrotourism (Agropelancongan), Conservation (Konservasi), Research (Penyelidikan), Exploration (Eksplorasi) dan Education (Pendidikan). Sehubungan itu, TBNSA mengadakan hubungan kerjasama bersama dengan ahli akademik sebagai felo penyelidik yang dilantik bagi memberi khidmat nasihat sebagai pakar rujuk kepada TBNSA dalam pelbagai bidang yang berkait rapat dengan tema pembangunan TBNSA.
Penyelidik Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) dilantik dari kalangan ahli akademik dan bukan akademik di Institusi Pengajian Tinggi / Agensi dengan kepakaran dalam bidang botani termasuk Pendidikan Botani, Hortikultur Hutan Bandar, Arboris, Landskap dan Fauna.
Bermula tahun 2023 sehingga penghujung tahun 2024, Kajian Kepelbagaian Flora telah dilaksanakan dalam kawasan operasi TBNSA dengan kerjasama Taman Botani Negara Shah Alam dan pihak UKM Pakarunding yang diketuai oleh Dr Shamsul Bin Khamis, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia serta dibantu oleh pasukan produksi En. Azman Samer. Melalui pelaksanaan kajian ini, pangkalan data mengenai kepelbagaian flora yang ada di TBNSA dapat ditambah baik, pengunjung dan masyarakat mendapat pendedahan berkenaan kepelbagaian biodiversiti di TBNSA, dan menonjolkan khazanah penting taman botani yang perlu dipelihara dan pulihara untuk menjadi warisan negara.