Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Laman Utama » Aktiviti » CSR
Senarai CSR
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Taman Botani Negara Shah Alam menyediakan platform terbaik untuk organisasi menyumbang kepada alam sekitar dan komuniti. Antara Pakej CSR yang ditawarkan di TBNSA merangkumi aktiviti seperti penanaman pokok, pembersihan kawasan dan sebagainya dapat dilaksanakan di sini bagi menyokong usaha kelestarian alam sekitar.
Dengan suasana semula jadi yang mendamaikan dan penuh keindahan, taman ini menjadi lokasi ideal untuk aktiviti CSR yang bukan sahaja memberi impak positif kepada alam tetapi juga mengeratkan hubungan dalam kalangan peserta. Taman Botani berbesar hati menerima pelaksanaan CSR di sini dan kami komited untuk bekerjasama dengan organisasi anda dalam menjayakan program yang bermakna. Bersama kita melindungi dan memelihara khazanah alam untuk generasi akan datang.