Pendidikan Botani
Laman Utama Ā» Pendidikan Botani
Pendidikan Botani
Pendidikan Botani di Taman Botani Negara Shah Alam adalah program pendidikan yang bertujuan memberi pendedahan mengenai tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Program ini bertujuan untuk memupuk minat peserta dalam bidang pertanian serta menambah ilmu pengetahuan berkaitan botani dan kelestarian alam sekitar. Ia dilaksanakan dalam konsep pelajaran separa formal atau tidak formal, melibatkan sesi taklimat yang diselitkan dengan demonstrasi dan aktiviti praktikal (hands-on). Aktiviti ini dijalankan di kawasan tertutup seperti bilik-bilik seminar dan di lapangan .
Tempoh pelaksanaan program ini adalah antara 2 hingga 3 jam. Pendidikan Botani ini terbuka kepada semua kumpulan sasaran, termasuk kanak-kanak dan orang dewasa yang berumur 4 tahun ke atas, menjadikannya sesuai untuk seisi keluarga, pelajar, atau individu yang ingin mendalam.





